PERUTUSAN
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah inayah dan keizinan-nya, MUZIK DUA KARYA yang merupakan Industri Muzik telah berjaya menaiktaraf laman sesawang selari dengan inisiatif Transformasi Digital MUZIK DUA KARYA.
Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada pelayar laman sesawang MUZIK DUA KARYA yang merupakan salah satu saluran media komunikasi yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat serta memahami objektif, fungsi dan peranan MUZIK DUA KARYA dalam menyemarakkan dan melestarikan Industri Muzik.
MUZIK DUA KARYA telah melaksanakan pelbagai produk yang merupakan salah satu inisiatif MUZIK DUA KARYA dalam mempertingkatkan produktiviti dan kepentingan Muzik dalam kehidupan harian masyarakat untuk hiburan. Program-program yang dilaksanakan juga sebahagian daripada medium pembangunan modal insan kearah mencari bakat-bakat baru dalam Industri Muzik.
MUZIK DUA KARYA telah mengaplikasikan kemudahan teknologi komunikasi digital merangkumi pelbagai saluran termasuk media sosial dan laman sesawang yang boleh diakses secara global. Laman sesawang MUZIK DUA KARYA diharap dapat menjadi wadah utama dalam menyebarluaskan maklumat, ilmu dan menyampaikan aktiviti-aktiviti terkini yang dilaksanakan oleh MUZIK DUA KARYA.
Saya bagi pihak MUZIK DUA KARYA amat mengalu-alukan pandangan serta maklum balas daripada pengunjung laman sesawang MUZIK DUA KARYA dalam usaha menambahbaik mutu perkhidmatan demi kepentingan semua. Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua warga MUZIK DUA KARYA yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan pelbagai program / aktiviti yang telah dirancang oleh MUZIK DUA KARYA.
PETIKAN
Muzik terlalu dekat dengan kita dan ianya mampu merentasi zaman, menurut profesor Mahadi Barkeshi dalam syarahanya bertajuk “The Scientific ideas of farabi on Music”, Farabi seorang sarjana islam, menjelaskan bahawa muzik dapat digolongkan kepada tiga golongan yang ada kaitan dengan persembahan dan komposisi Muzik :
Golongan Pertama :
Muzik yang mengembirakan, lebih umum tergolong dalam perkembangan muzik harian, ia memandang kepada keseronokan tanpa menyerapkan keinginan estetika, dengan kata lain ianya lebih kepada bersantai.
Golongan Kedua :
Menarik minat untuk menyuburkan pelbagai perasaan yang dimiliki, menyuburkan daya imaginasi dan membentuk spiritual mental ertikata lain citra mental, Muzik seperti ini menggerakan kita kepada something idea dimana ianya sekaligus meninggal kesan yang mendalam, dinamakan kesan sentimental effective.
Golongan Ketiga :
Muzik yang mencerminkan reaksi yang spiritual manusia ianya bersifat imaginative, muzik jenis ini menggegarkan imaginasi khususnya apabila ianya diadun dengan verse yang naratif atau pengucapan yang mampu menggetar rasa.
Maka dengan faks atau fakta tersebut dan berserta iltizam bagi menzahirkan citra muzik terarah maka MUZIK DUA KARYA sentiasa merancang atau erti kata lain planning khas, untuk mencari kelainan bagi mengisi ruang hiburan yang sihat selaras dengan saranan pemerintah di setiap Negara di Dunia.
PENGENALAN
MUZIK DUA KARYA adalah perusahaan label Muzik yang berdiri sejak 03-03-2016 di Malaysia, yang telah melahirkan beberapa artis penyanyi di Malaysia yang sampai sekarang masih lagi aktif, ( rujuk di pautan ARTIS dan KELUARAN ). Muzik Dua Karya juga telah melebarkan sayapnya ke Indonesia untuk menghasilkan kerjasama, dalam menjalinkan kerjasama tersebut maka telah melahirkan beberapa single album dari penyanyi yang berbakat dan telahpun diterbitkan ( rujuk di pautan ARTIS dan KELUARAN ).
Kerjasama tersebut dapat mengabungkan beberapa pihak yang professional di bidang industri muzik, yang berkaitan dengan beberapa proses, seperti proses susunan muzik, proses mixing, proses mastering, proses photographer, muzik video, pengurusan promosi dan lain-lain berkaitan lagi bagi meramaikan blantika muzik di Malaysia dan Indonesia dengan adanya artis-artis dan karya-karya yang bersesuaian dengan irama Muzik dan pelbagai genre.
Misi
Menyediakan label yang berkualiti, cekap dan fleksibel bagi mencapai tahap kepuasan yang optimum.
Visi
Menjadi sebuah syarikat label rakaman yang terulung, dinamik serta berdaya saing disetiap pelusuk industri.
Objektif
MUZIK DUA KARYA berusaha mengembeleng tenaga dalam pelbagai sumber dan beriltizam untuk mencapai misi dan visi syarikat dengan:
- i. Melaksanakan label rakaman kearah melahirkan artis baru dan artis lama kearah berdaya saing.
- ii. Memberi khidmat terbaik dan menjanjikan kelainan yang efektif dalam mengendalikan khidmat latihan.
- iii. Mengamalkan semangat kerja berpasukan yang beramanah, professional dan produktif.
- iv. Melahirkan para artis-artis dan meletakan mereka di tempat yang layak untuk mereka berdaya saing di bawah organisasi yang mempunyai kepakaran yang lebih luas, keupayaan dan keperluan untuk memacu produktiviti mereka dan organisasi, di mana mereka berjaya.
Sekian, terima kasih.
MOHD ZAMRI BIN OTHMAN
PENGARAH URUSAN MUZIK DUA KARYA.



MACP, PPM, and RPM are Malaysian collective management organizations (CMOs) that handle music licensing and royalty collection for different copyright holders. Businesses in Malaysia that play music for the public generally need licenses from all three.
Music Authors’ Copyright Protection (MACP)
• What it is: A non-profit collective management organization that administers the public performance and broadcast rights of songwriters, composers, and music publishers.
• Who it represents: The creators of the musical compositions, including lyricists and composers.
• Purpose: To collect royalties when their musical works are performed or broadcast publicly.
Public Performance Malaysia (PPM)
• What it is: A non-profit CMO that represents recording companies, including both Malaysian and international labels.
• Who it represents: The owners of the master recordings (the “masters”), which are the specific recorded versions of a song.
• Purpose: To collect royalties for the public performance, communication, and commercial rental of sound recordings.
Recording Performers Malaysia (RPM)
• What it is: A non-profit CMO that represents recording performers, such as singers and musicians.
• Who it represents: The performers whose performances are embodied in sound recordings.
• Purpose: To collect royalties on behalf of performers for the public performance and broadcast of their recorded works.
TRANSLATE / TERJEMAHAN :
MACP, PPM dan RPM ialah organisasi pengurusan kolektif (CMO) Malaysia yang mengendalikan pelesenan muzik dan pengumpulan royalti untuk pemegang hak cipta yang berbeza. Perniagaan di Malaysia yang memainkan muzik untuk orang ramai secara amnya memerlukan lesen daripada ketiga-tiganya.
Perlindungan Hak Cipta Pengarang Muzik (MACP)
• Apakah itu: Organisasi pengurusan kolektif bukan untung yang mentadbir persembahan awam dan hak penyiaran penulis lagu, komposer dan penerbit muzik.
• Siapa yang diwakili: Pencipta gubahan muzik, termasuk penulis lirik dan komposer.
• Tujuan: Untuk mengutip royalti apabila karya muzik mereka dipersembahkan atau disiarkan secara terbuka.
Prestasi Awam Malaysia (PPM)
• Apakah itu: CMO bukan untung yang mewakili syarikat rakaman, termasuk kedua-dua label Malaysia dan antarabangsa.
• Siapa yang diwakili: Pemilik rakaman induk (“tuan”), yang merupakan versi rakaman khusus lagu.
• Tujuan: Untuk mengutip royalti untuk persembahan awam, komunikasi, dan sewa komersial rakaman bunyi.
Penghibur Rakaman Malaysia (RPM)
• Apakah itu: CMO bukan untung yang mewakili penghibur rakaman, seperti penyanyi dan pemuzik.
• Siapa yang diwakili: Penghibur yang persembahannya terkandung dalam rakaman bunyi.
• Tujuan: Untuk mengutip royalti bagi pihak penghibur untuk persembahan awam dan penyiaran karya rakaman mereka.




